klik satu please..

Sejarah penubuhan UTM

Assalamualaikum

selamat pagi semua.. apa khabar wahai penduduk bumi Malaysia?? apakah kalian sihat-sihat sejahtera.. ya ucapkan Alhamdulillah kepada yang Maha Esa kerana pada hari ini kita masih diberikan peluang untuk menambah pahala dan bertaubat.. ok panjang plak mukadimah aku hari ini.

dipendekkan, hari ini aku nak berkongsikan sejarah UTM. jadi aku sebagai student UTM seharusnya mengambil tahu serba sedikit mengenai sejarah UTM di tubuhkan.. 


Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur. Nama sekolah ini diambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah ini untuk melahir tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal bagi pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Sekolah ini menyediakan latihan teknikal kepada Pembantu Teknik Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi.

Sekolah ini turut membuka pintunya kepada kakitangan Jabatan Ukur untuk mendapatkan latihan. Usaha untuk memperkembangkan Sekolah Teknik Treacher dan mengambil lebih ramai pelajar bagi memenuhi keperluan semasa terbantut berikutan tercetusnya perang Dunia Pertama pada tahun 1915. Sekolah ini terpaksa ditutup dan dibuka semula pada tahun 1918.

Pada tahun 1942 Sekolah Teknik Treacher telah dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik. Bagaimanapun, usaha berkenaan terpaksa ditangguh kerana berlaku Perang Dunia Kedua. Selepas Jepun menyerah kalah pada 16 September 1946, Maktab Teknik dibuka semula dan pengambilan pelajar yang pertama selepas perang dilakukan pada tahun 1947.

Selepas itu, pada tahun 1949 kerajaan British telah memperkenalkan polisi baru untuk membangunkan pendidikan teknikal di negara-negara Komanwel. Sehubungan itu, menerusi tabung kebajikan dan pembangunan kolonial, kerajaan British telah memperuntukkan RM4.85 juta untuk membangunkan infrastruktur dan penyediaan pelbagai prasarana.


Melalui peruntukan tersebut Jabatan Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya telah membina Maktab Teknik yang baru di kawasan seluas 47 ekar di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur pada tahun 1951. Pada 1 Mac 1955 Maktab Teknik yang baru dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menjadikan Maktab Teknik sebagai institusi pendidikan dan latihan dalam bidang profesional. Pada sesi 1958/1959 seramai 320 orang pelajar diambil bagi mengikuti pengajian di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan radio, ukur, seni bina bangunan, ukur bahan dan kursus khas kejuruteraan automobil untuk pegawai penguatkuasa pengangkutan.

Pada tahun 1960, Maktab Teknik membuka lembaran baru apabila menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Maktab Teknik terus mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dinaikkan taraf menjadi institut yang bertaraf universiti. Pada 14 Mac 1972, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah mengisytiharkan penubuhan Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan En. Ainuddin Wahid telah dilantik sebagai Rektor pertama. ITK mempunyai tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni Bina dan Fakulti Ukur di samping sebuah pusat pengajian bertaraf fakulti yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Sains dan Kemanusiaan. ITK terus mengalami perkembangan pesat dan namanya telah ditukarkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 

April 1975. Sehubungan itu, jawatan Rektor dinaikkan taraf kepada Naib Canselor.Oleh kerana keluasan kampus UTM di Jalan Semarak terhad, manakala permintaan terhadap tenaga kerja profesional dalam bidang sains dan teknologi terus meningkat kerajaan telah mengambil keputusan supaya kampus baru dibina di Skudai, Johor. Usaha awal pembinaan kampus di kawasan seluas 1,177 hektar bermula sejak 1978.

Bermula 1 April 1985, proses perpindahan peringkat pertama ke kampus baru di Skudai melibatkan sebahagian kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pendaftar. Perpindahan seterusnya membabitkan kakitangan Perpustakaan, Fakulti Alam Bina, Fakulti Ukur, Fakulti Sains dan Pusat Pengajian Kemanusiaan. Pada 16 September 1985 DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, selaku Canselor UTM yang kedua telah membuka kampus UTM di Skudai yang bernilai lebih RM1 billion. Selepas itu, pada sesi 1989/1990, dua buah fakulti terbesar iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Jentera mula berpindah ke Skudai. Berikutan itu, pada 1 September 1989 UTM Skudai diisytiharkan sebagai kampus induk manakala kampus di Jalan Semarak sebagai kampus cawangan.

pintu masuk UTM KL..



2 comments:

  1. wahh.. bagus ni :D

    ReplyDelete
  2. Promosi Rainbow Al-Quran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013, ready stock.

    http://bit.ly/cd2aQx

    ReplyDelete